Drugs Check // Complaints // Contact Us // FAQ 

// About Us

Agensi Anti-Doping Malaysia

Pada tahun 2003, Kementerian Belia dan Sukan telah menandatangani Copenhagen Declaration on Anti-Doping in Sport. Deklarasi ini telah digubal dan dipersetujui oleh negara-negara anggota pada Persidangan Anti Doping Dunia ke-2 yang diadakan di Copenhagen, Denmark pada Mac 2003.

Deklarasi ini memperakui tugas dan tanggungjawab serta menyokong usaha World Anti-Doping Agency (WADA) dan World Anti-Doping Code. Pada November 2006, Kementerian Luar telah memperakui (ratified) UNESCO International Convention against Doping in Sport 2005 selepas mendapat kelulusan kabinet pada 2 Ogos 2006. Pada Mei 2007,

Kementerian Belia dan Sukan telah menandatangani dokumen penerimaan World Anti-Doping Code. Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) telah dilancarkan di bawah penyeliaan Institut Sukan Negara (ISN) (secara pentadbiran) sebagai Unit Anti-Doping. ADAMAS beroperasi secara rasmi sebagai National Anti-Doping Organization (NADO) mengikut takrifan World Anti-Doping Code. Pada pertengahan tahun 2016, ADAMAS telah dipisahkan daripada ISN dan berada di bawah penyeliaan KBS dan dinamakan Unit Anti Doping..

Visi

Mewujudkan persekitaran sukan yang bebas daripada doping

Misi

Memelihara integriti sukan bebas daripada doping dan tekun berusaha ke arah mewujudkan persaingan yang adil, sihat serta memartabatkan semangat kesukanan yang tulen dalam kalangan atlet

Peranan dan Fungsi ADAMAS



Bertanggungjawab dalam pelaksanaan ujian anti-doping yang menyeluruh di semua peringkat;



Bertanggungjawab dalam pembangunan program pendidikan secara komprehensif;



Memupuk kesedaran dan pemahaman tentang peranan ADAMAS dan prinsip sukan bebas doping dalam masyarakat;



Menjadi tonggak kepimpinan dalam mengendalikan isu-isu semasa dan mempunyai strategi komunikasi yang efektif serta program yang berkesan dalam menangani gejala doping dalam sukan;



Menjalinkan hubungan kerja yang kukuh di peringkat kebangsaan dan antarabangsa;





Menyumbang kepada inisiatif kerajaan dalam memantapkan integriti sukan di Malaysia.


Fungsi Utama ADAMAS

Anti-doping tests (urine tests and blood tests) on athletes.

Education, prevention and awareness to athletes, coaches, sport personnel and the community.

Compliance on conventions, rules and regulations, procedures and guidelines regarding anti-doping.

Management of application for the use of prohibited substances for medical purposes for athletes .(Therapeutic Use Exemption ,TUE).

Cooperation and strategic relations with government agencies, the private sector and international bodies.

Advisory services from various aspects regarding anti-doping (legal, medical, sports science, nutritional, training and others).

Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) Aras 7,
Menara KBS, Kementerian Belia dan Sukan, 
No.27 Persiaran Perdana, Presint 4, 
62570 Putrajaya, Malaysia
Tel   : +603-8871 3569 

Faks:  +603-8888 8730

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.