A- A A+

Maklumat Whereabouts

Atlet yang tergolong di dalam Registered Testing Pool ADAMAS atau persatuan sukan antarabangsa dinasihati supaya merujuk kepada ADAMAS atau persatuan antarabangsa masing-masing untuk mengetahui status maklumat Whereabouts anda.

Adalah menjadi tanggungjawab seorang atlet untuk memberi contoh yang terbaik dalam memastikan integriti sukan terpelihara. Memberi maklumat Whereabouts yang tepat akan membolehkan ADAMAS atau mana-mana organisasi anti-doping/persatuan antarabangsa melaksanakan ujian anti-doping tanpa notis awal dalam menangani gejala penggunaan bahan/kaedah terlarang dalam kalangan atlet.

Kegagalan mengemas kini maklumat Whereabouts merupakan salah satu kesalahan anti-doping.

 

Maklumat Whereabouts yang diperlukan?

Atlet hendaklah mengemas kini maklumat Whereabouts harian walaupun anda sedang bercuti atau menyertai kejohanan. Maklumat Whereabouts harian diisi mengikut suku setiap tahun. Antara maklumat yang mesti dikemas kini adalah:

  • 1Alamat dan cara untuk dihubungi 

    Contoh: Alamat rumah,nombor telefon dan alamat e-mel 

  • 2 Alamat sementara (jika bermalam di tempat lain)

    Contoh: Alamat penuh hotel, asrama atau tempat penginapan

  • 3 Jangka masa 60 minit

    Satu jangka masa 60 minit yang spesifik di antara 6.00am hingga 11.00pm setiap hari termasuk lokasi atlet untuk menjalani ujian anti-doping

  • 4 Jadual pertandingan dan lokasi

    Nama dan alamat lengkap setiap lokasi pertandingan di mana atlet dijangka akan bertanding

  • Lokasi latihan dan aktiviti lain

    Tarikh, jangka masa, nama dan alamat lengkap setiap lokasi latihan atau tempat atlet menjalankan aktiviti harian (contoh: sekolah, kolej, pejabat)

Mana-mana atlet masih boleh diuji pada bila-bila masa dan di mana sahaja, walaupun tidak tergolong di dalam mana-mana RTP.

Pautan

LAPORKAN PADA KAMI

Bantu kami melindungi sukan di Malaysia

Periksa ubat dan makanan tambahan anda

Global Dro

Informed Spot 

Maklumat Whereabouts

 ADAMS

Go to top