A- A A+

Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS)

Pada tahun 2003, Kementerian Belia dan Sukan telah menandatangani Copenhagen Declaration on Anti-Doping in Sport. Deklarasi ini telah digubal dan dipersetujui oleh negara-negara anggota pada Persidangan Anti Doping Dunia ke-2 yang diadakan di Copenhagen, Denmark pada Mac 2003. Deklarasi ini memperakui tugas dan tanggungjawab serta menyokong usaha World Anti-Doping Agency (WADA) dan World Anti-Doping Code.

Pada November 2006, Kementerian Luar telah memperakui (ratified) UNESCO International Convention against Doping in Sport 2005 selepas mendapat kelulusan kabinet pada 2 Ogos 2006.

Pada Mei 2007, Kementerian Belia dan Sukan telah menandatangani dokumen penerimaan World Anti-Doping Code. Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) telah dilancarkan di bawah penyeliaan Institut Sukan Negara (ISN) (secara pentadbiran) sebagai Unit Anti-Doping. ADAMAS beroperasi secara rasmi sebagai National Anti-Doping Organization (NADO) mengikut takrifan World Anti-Doping Code. Pada pertengahan tahun 2016, ADAMAS telah dipisahkan daripada ISN dan berada di bawah penyeliaan KBS dan dinamakan Unit Anti Doping.

Visi

Mewujudkan persekitaran sukan yang bebas daripada doping

Misi

Memelihara integriti sukan bebas daripada doping dan tekun berusaha ke arah mewujudkan persaingan yang adil, sihat serta memartabatkan semangat kesukanan yang tulen dalam kalangan atlet

 

Peranan dan Fungsi ADAMAS

  • 1Bertanggungjawab dalam pelaksanaan ujian anti-doping yang menyeluruh di semua peringkat;
  • 2Bertanggungjawab dalam pembangunan program pendidikan secara komprehensif;
  • 3Memupuk kesedaran dan pemahaman tentang peranan ADAMAS dan prinsip sukan bebas doping dalam masyarakat;
  • 4Menjadi tonggak kepimpinan dalam mengendalikan isu-isu semasa dan mempunyai strategi komunikasi yang efektif serta program yang berkesan dalam menangani gejala doping dalam sukan;
  • 5Menjalinkan hubungan kerja yang kukuh di peringkat kebangsaan dan antarabangsa;
  • 6Menyumbang kepada inisiatif kerajaan dalam memantapkan integriti sukan di Malaysia.

Pautan

LAPORKAN PADA KAMI

Bantu kami melindungi sukan di Malaysia

Periksa ubat dan makanan tambahan anda

Global Dro

Informed Spot 

Maklumat Whereabouts

 ADAMS

Go to top