A- A A+

Pengumpulan sampel merupakan perkara yang penting bagi mengawal gejala doping dalam sukan. Sampel atlet dikumpul bertujuan untuk mengesan dan mengawal penggunaan bahan dan kaedah terlarang oleh atlet. Prosedur pengumpulan sampel hanya boleh dilakukan oleh Pegawai Kawalan Doping (DCO) yang terlatih dan diperakui oleh pihak ADAMAS.

Prosedur pengumpulan sampel yang dijalankan oleh ADAMAS adalah selaras dengan pematuhan kepada International Standard for Testing and Investigations (ISTI) yang terpakai di dalam dan di luar pertandingan. Prosedur pengumpulan sampel yang dipaparkan di sini mungkin sedikit berbeza di setiap negara. Oleh yang demikian, atlet dinasihati untuk sentiasa merujuk kepada prosedur pengumpulan sampel di negara tersebut.

 



Berikut adalah prosedur semasa pengumpulan sampel :-

 

1) Pemilihan Atlet

Anda boleh dipilih untuk menjalani ujian anti-doping yang mana boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

 

 

 2) Pemberitahuan

Pegawai Kawalan Doping (Doping Control Officer, DCO) atau pengiring (chaperone ) akan memaklumkan bahawa anda terpilih untuk menjalani ujian doping. Hak dan tanggungjawab anda juga akan dimaklumkan.

 

 

3) Melapor diri

Setelah dimaklumkan, anda harus hadir bagi melapor diri di stesen kawalan doping dengan kadar segera. Kebenaran DCO mesti diperoleh terlebih dahulu jika anda mempunyai sebab yang munasabah untuk hadir lewat ke stesen kawalan doping.

 

 

4) Persediaan

Anda dinasihati untuk minum secukupnya bagi memudahkan pembuangan air kecil mengikut jumlah yang diperlukan ( minimum 90 ml ).

 

 

5) Pemilihan Bereg Kit

Anda diberi pilihan untuk menggunakan salah satu daripada kit yang disediakan. Anda dikehendaki mengendalikan kit tersebut sendiri sepanjang proses ujian berlangsung.

 

 

 

6 )Pemberian Sampel

Proses pemberian sampel akan disaksikan DCO atau pengiring yang sama jantina dengan anda

 

 

7) Klasifikasi sampel

Anda perlu membahagikan sampel ke dalam botol A dan B mengikut arahan DCO..

 

 

 

8) Menutup Sampel(sealing)

Anda perlu menutup botol A dan B mengikut arahan DCO



 

9) Menguji Specific gravity

Kadar ketumpatan (specific gravity) sampel anda akan diuji oleh DCO.

 

 

10) Melengkapkan borang 

Anda berhak untuk memberi sebarang komen mengenai keseluruhan proses ujian. Pastikan semua maklumat yang tercatat di dalam borang adalah tepat. Satu salinan borang tersebut untuk dikembalikan untuk simpanan anda.

 

 

11) Penghantaran sampel 

Pihak Penghantaran sampel ADAMAS akan menguruskan proses penghantaran sampel ke makmal terpilih yang mendapat akreditasi WADA untuk analisis.

Pautan

LAPORKAN PADA KAMI

Bantu kami melindungi sukan di Malaysia

Periksa ubat dan makanan tambahan anda

Global Dro

Informed Spot 

Maklumat Whereabouts

 ADAMS

Go to top