A- A A+

Berdasarkan World Anti-Doping Code, Jika perbuatan tersebut dilakukan dengan niat, hukuman yang akan dikenakan adalah penggantungan selama empat tahun.

Penerangan: Artikel 10.2.1.2 menerangkan bahawa tempoh penggantungan adalah empat tahun bagi specified substance sekiranya dapat dibuktikan perbuatan tersebut dilakukan dengan niat.

Jika perbuatan tersebut dilakukan tanpa niat, tempoh penggantungan adalah selama dua tahun, dengan syarat atlet mesti menjelaskan bagaimana bahan tersebut diperoleh dan tujuan ia diambil.

Penerangan: Artikel 10.2.2 menerangkan bahawa jika Artikel 10.2.1 tidak terpakai, tempoh penggantungan adalah 2 tahun.

 

Cara untuk menentukan niat?

Jika atlet tahu akan risiko mengambil bahan terbabit akan melanggar peraturan anti-doping, tetapi dia langsung tidak menghiraukan risiko tersebut, atlet itu dianggap berniat melakukan perbuatan doping dengan sengaja.

Beberapa penanda aras bagi mempertimbang sama ada bahan/kaedah terlarang diambil dengan niat:

  • Atlet merupakan sesorang yang berpengalaman,
  • Atlet telah bertanding di banyak kejohanan,
  • Atlet telah menyertai/hadir seminar anti-doping,
  • Atlet telah diuji beberapa kali sebelum ini,
  • Bahan tersebut boleh meningkatkan prestasi atlet,
  • Bahan tersebut jelas mengandungi bahan terlarang.

Pautan

LAPORKAN PADA KAMI

Bantu kami melindungi sukan di Malaysia

Periksa ubat dan makanan tambahan anda

Global Dro

Informed Spot 

Maklumat Whereabouts

 ADAMS

Go to top