A- A A+

Carta di bawah menunjukkan proses pengurusan keputusan bagi kesalahan anti-doping

1) Initial Review

  • Dilaksanakan bertujuan untuk mengesahkan borang ujian doping, laporan makmal, TUE, rekod atlet dan memastikan prosedur analisis dilaksanakan mengikut piawaian yang telah ditetapkan.

 

2) Notis kesalahan & surat tunjuk sebab

  • Notis dikemukakan kepada atlet menyatakan kesalahan yang dilakukan, laporan makmal, jenis bahan terlarang/kesalahan, dan atlet perlu membalas dengan surat tunjuk sebab

 

3) Pilihan untuk membuka sampel B

  • Atlet diberi pilihan untuk membuka sampel B. Semasa proses pembukaan sampel B, atlet berhak untuk hadir sendiri ke makmal, melantik wakil bagi pihaknya atau memberi kuasa kepada pihak makmal untuk melantik seorang saksi bebas bagi pihaknya.
  • Kos untuk membuka sampel B ditanggung sendiri oleh atlet.

 

 

4) Penggantungan sementara

  • Bergantung kepada jenis kesalahan dan jenis bahan/kaedah terlarang yang terlibat, atlet akan digantung daripada menyertai sebarang kejohanan/pertandingan sehingga siasatan kes selesai sepenuhnya.

 

5) Sesi pendengaran

  • Pendengaran/perbicaraan kes diadakan secara dalaman oleh pihak berkuasa (persatuan sukan kebangsaan/antarabangsa) bagi mempertimbang hujah-hujah lisan dan bertulis serta keterangan kes.

 

6) Keputusan

  • Panel/Jawatankuasa pendengaran/perbicaraan akan memutuskan hukuman/tindakan selepas mempertimbang semua bukti, hujah dan keterangan oleh semua pihak. Hukuman yang dikenakan adalah berbeza mengikut fakta kes. (Bermula daripada amaran sehinggalah penggantungan seumur hidup)

 

7) Rayuan

  • Atlet berhak mengemukakan rayuan kepada panel/jawatankuasa rayuan bagi semakan semula kes.

 

Pautan

LAPORKAN PADA KAMI

Bantu kami melindungi sukan di Malaysia

Periksa ubat dan makanan tambahan anda

Global Dro

Informed Spot 

Maklumat Whereabouts

 ADAMS

Go to top