Peranan dan Tanggungjawab
Prinsip & Peranan Dalam Sukan Bersih
Setiap atlet berhak untuk bertanding dalam sukan bersih. Menyokong atlet memahami nilai sukan bersih, tanggungjawab anti-doping, dan pilihan yang lebih selamat ialah peranan bersama Atlet Support Personnel (ASP) serta komuniti sukan.
Hak Atlet
Atlet berhak kepada sukan bersih serta proses yang adil dalam pengurusan keputusan.
Tanggungjawab Bersama
Atlet, ASP dan pihak berkaitan perlu memahami serta mematuhi peraturan anti-doping yang berkuat kuasa.
Pendidikan = Pencegahan
Pendidikan membantu mengurangkan risiko doping sengaja atau tidak sengaja dan menyokong keputusan berinformasi.
Peranan ADAMAS sebagai NADO (ringkas)
- ADAMAS ialah National Anti-Doping Organization (NADO) Malaysia yang melaksanakan fungsi anti-doping selaras dengan World Anti-Doping Code (sebagaimana dipinda) dan Standard Antarabangsa yang berkaitan.
- ADAMAS menjalankan pendidikan, ujian anti-doping, serta pengurusan keputusan mengikut rangka kerja anti-doping.
Apa itu Strict Liability?
Atlet bertanggungjawab terhadap sebarang bahan terlarang yang ditemui dalam sampel mereka, tanpa mengira bagaimana ia masuk.
Apa yang atlet boleh buat?
Semak ubat/suplemen, maklumkan doktor, dan simpan rekod pengambilan untuk mengurangkan risiko pelanggaran.
Fakta penting
Niat dan keadaan kes boleh dipertimbangkan dalam proses, namun tanggungjawab asas atlet kekal.
Semak Kendiri (sebelum ambil ubat/suplemen)
Risiko Kesihatan
Kesan berbeza mengikut bahan/kaedah: boleh melibatkan hormon, jantung, hati, buah pinggang dan kesihatan mental.
Karier & Reputasi
Pelanggaran anti-doping boleh menjejaskan kelayakan bertanding, peluang, reputasi, dan masa depan sukan atlet.
Proses & Keputusan
Proses termasuk notifikasi, hak untuk didengar, keputusan bertulis, dan saluran rayuan yang ditetapkan.
Kenapa isu doping perlu dibincang secara bertanggungjawab?
- Doping ialah isu kompleks—perbincangan yang jelas membantu atlet memahami risiko dan membuat keputusan selamat.
- Mesej ringkas dan konsisten (ubat, suplemen, in-competition/out-of-competition) membantu mengurangkan risiko pelanggaran tidak sengaja.
