11 Pelanggaran Peraturan Anti-Doping

11 Pelanggaran Peraturan Anti-Doping (ADRV)

๐Ÿ’‰ Kehadiran Bahan Terlarang
Kehadiran bahan terlarang, metabolit atau penanda dalam sampel atlet.
๐Ÿงช Penggunaan atau Cubaan Penggunaan
Penggunaan atau cubaan menggunakan bahan atau kaedah terlarang.
๐Ÿšซ Mengelak atau Enggan Diuji
Mengelak, enggan atau gagal memberikan sampel tanpa justifikasi yang sah.
๐Ÿ“ Kegagalan Whereabouts (Artikel 2.4)
Sebarang kombinasi tiga (3) kegagalan pengemukaan maklumat atau kegagalan ujian dalam tempoh 12 bulan (RTP sahaja).
๐Ÿ›‘ Pemalsuan
Pemalsuan atau cubaan memalsukan mana-mana bahagian proses kawalan doping.
๐Ÿ’Š Pemilikan
Pemilikan bahan atau kaedah terlarang tanpa justifikasi atau kelulusan yang sah.
๐Ÿ“ฆ Pengedaran atau Cubaan Pengedaran
Mengedar atau cubaan mengedar bahan atau kaedah terlarang.
๐Ÿ‘ฅ Pentadbiran atau Cubaan Pentadbiran
Mentadbir atau cubaan mentadbir bahan atau kaedah terlarang kepada atlet.
๐Ÿค Bersubahat
Membantu, menggalakkan, menyembunyikan atau bersubahat dalam pelanggaran anti-doping.
๐Ÿšท Pergaulan yang Dilarang
Bergaul secara sengaja dengan individu yang digantung atau disabitkan kes doping.
๐Ÿ“ฃ Menghalang atau Membalas Tindakan Pelaporan
Menghalang, mengugut atau membalas tindakan terhadap individu yang melaporkan kes doping.

Hubungi Kami

Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) Aras 7,
Menara KBS, Kementerian Belia dan Sukan,ย 
No.27 Persiaran Perdana, Presint 4,ย 
62570 Putrajaya, Malaysia

  • dummy+603-8871 3569ย 

  • dummy+603-8888 8730

  • dummy adamas@kbs.gov.my

Please publish modules in offcanvas position.