//Hak & Tanggungjawab Atlet

🛡️ Hak Atlet

  • Diberi maklumat yang jelas mengenai peraturan anti-doping yang berkuat kuasa
  • Menerima notifikasi rasmi sekiranya terlibat dalam kes anti-doping
  • Meminta pembukaan dan analisis Sampel B
  • Mengemukakan penjelasan bertulis dan bukti berkaitan kes
  • Menghadiri sesi pendengaran kes
  • Membuat rayuan terhadap keputusan yang dibuat selaras dengan peraturan
  • Memohon Therapeutic Use Exemption (TUE) bagi rawatan perubatan yang sah

⚠️ Tanggungjawab Atlet

  • Memastikan tiada bahan terlarang berada dalam badan (Prinsip Liabiliti Ketat)
  • Mematuhi semua peraturan anti-doping yang berkuat kuasa
  • Menyediakan sampel apabila diminta oleh pihak berkuasa berkaitan
  • Mengemukakan maklumat Whereabouts yang tepat dan terkini (bagi atlet RTP)
  • Memastikan ubat dan suplemen tidak mengandungi bahan terlarang
  • Menghadiri program pendidikan anti-doping yang ditetapkan
  • Bekerjasama sepenuhnya dalam pengurusan keputusan dan siasatan anti-doping
Nota: Hak dan tanggungjawab atlet ini adalah selaras dengan World Anti-Doping Code dan Piawaian Antarabangsa yang berkuat kuasa.
Tanggungjawab Atlet
Sentiasa berada di dalam pemerhatian DCO atau chaperone di sepanjang proses ujian
Menyediakan dokumen pengenalan diri bergambar
Mematuhi prosedur pengumpulan sampel yang telah ditetapkan
Melapor diri dengan kadar segera di stesen kawalan doping

Hubungi Kami

Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) Aras 7,
Menara KBS, Kementerian Belia dan Sukan, 
No.27 Persiaran Perdana, Presint 4, 
62570 Putrajaya, Malaysia

  • dummy+603-8871 3569 

  • dummy+603-8888 8730

  • dummy adamas@kbs.gov.my

Please publish modules in offcanvas position.