//Mengenai Kami

AGENSI ANTI DOPING MALAYSIA
Pada tahun 2003, Kementerian Belia dan Sukan telah menandatangani Copenhagen Declaration on Anti-Doping in Sport, yang telah diterima pakai oleh kerajaan-kerajaan pada Persidangan Dunia Anti-Doping ke-2 yang diadakan di Copenhagen, Denmark, pada Mac 2003.
Deklarasi ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperakui peranan dan tanggungjawab masing-masing serta menyokong usaha World Anti-Doping Agency (WADA) dan pelaksanaan World Anti-Doping Code.
Berikutan kelulusan Jemaah Menteri pada 2 Ogos 2006, Kementerian Luar Negeri telah memperakukan UNESCO International Convention against Doping in Sport 2005 pada November 2006. Perakuan ini menyediakan rangka kerja perundangan antarabangsa yang mengikat bagi memastikan dasar dan amalan anti-doping negara selaras dengan World Anti-Doping Code.
Pada Mei 2007, Kementerian Belia dan Sukan telah menandatangani dokumen penerimaan World Anti-Doping Code. Susulan itu, Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) telah ditubuhkan sebagai Unit Anti-Doping di bawah penyeliaan pentadbiran Institut Sukan Negara (ISN).
ADAMAS beroperasi sebagai Organisasi Anti-Doping Kebangsaan (National Anti-Doping Organization, NADO) selaras dengan takrifan yang diperuntukkan dalam World Anti-Doping Code. Pada pertengahan tahun 2016, ADAMAS telah dipisahkan daripada ISN dan diletakkan secara langsung di bawah penyeliaan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), bagi memperkukuh tadbir urus serta penyelarasan pelaksanaan program anti-doping di Malaysia.
Pada masa kini, ADAMAS terus melaksanakan fungsi dan program anti-doping negara selaras dengan World Anti-Doping Code (sebagaimana dipinda) dan Piawaian Antarabangsa berkaitan, dengan penekanan kepada perlindungan atlet, promosi sukan bersih dan pemeliharaan integriti sukan di Malaysia.
Visi
Misi

Ujian antidoping (ujian air kencing dan ujian darah) terhadap atlet.

Pendidikan, pencegahan dan kesedaran kepada atlet, jurulatih dan masyarakat
Pematuhan terhadap konvensyen, peraturan, tatacara dan garis panduan berkenaan antidoping

Pengurusan permohonan penggunaan bahan larangan untuk tujuan perubatan bagi atlet (Therapeutic Use Exemption, TUE)


Jalinan kerjasama dan hubungan strategik dengan agensi kerajaan, swasta dan badan antarabangsa

Khidmat nasihat dari pelbagai aspek berkenaan antidoping (undang-undang, perubatan, sains sukan, pemakanan, amalan dan lain-lain).
