//Prosedur

Langkah di bawah menerangkan proses pengurusan keputusan (results management) bagi kes berpotensi pelanggaran peraturan anti-doping.

Semakan Awal (Initial Review)

Semakan Awal (Initial Review)

ADAMAS melaksanakan semakan awal dokumen dan maklumat berkaitan (cth: Doping Control Form, laporan makmal, rekod atlet dan status TUE) untuk menentukan sama ada kes perlu diteruskan.

Lanjut
Notifikasi ADRV Berpotensi

Notifikasi ADRV Berpotensi

Jika kes diteruskan, ADAMAS akan memaklumkan atlet dengan segera serta menyediakan maklumat penting termasuk pilihan yang tersedia, tarikh akhir maklum balas dan langkah seterusnya.

Analisis Sampel B (jika dimohon)

Analisis Sampel B (jika dimohon)

Atlet boleh memohon analisis Sampel B dalam tempoh yang ditetapkan. Para atlet dan/atau wakil boleh hadir semasa pembukaan dan analisis, atau memohon saksi bebas, selaras dengan International Standard for Laboratories.

Penggantungan Sementara (jika berkenaan)

Penggantungan Sementara (jika berkenaan)

Bergantung kepada bahan/kaedah dan peraturan berkuat kuasa, Penggantungan Sementara boleh dikenakan. Para atlet akan dimaklumkan mengenai pilihan yang tersedia termasuk proses untuk memohon penggantungan ditarik balik, jika berkenaan.

Lanjut
Pertuduhan (Charge)

Pertuduhan (Charge)

Selepas menilai penjelasan atlet (atau jika tiada respons diterima), ADAMAS boleh mengeluarkan pertuduhan rasmi yang menyatakan peraturan yang didakwa dilanggar, ringkasan fakta, serta pilihan atlet untuk menerima consequences atau memohon pendengaran.

Lanjut
Pendengaran (Hearing)

Pendengaran (Hearing)

Jika dipertikaikan, kes akan dibawa ke pendengaran yang adil di hadapan panel bebas. Para atlet boleh mengemukakan hujahan lisan/bertulis serta bukti sokongan.

Keputusan (Decision)

Keputusan (Decision)

Keputusan beralasan akan dikeluarkan selepas pendengaran (atau penerimaan). ADAMAS akan memaklumkan pihak berkaitan dan melaksanakan pelaporan yang diperlukan melalui sistem/proses yang berkenaan.

Rayuan (Appeal)

Rayuan (Appeal)

Atlet dan pihak lain yang mempunyai hak untuk merayu boleh mengemukakan rayuan mengikut laluan dan tempoh masa rayuan yang berkenaan.

Lanjut
Sesi Pendengaran

Sesi Pendengaran

Pendengaran/perbicaraan kes diadakan secara dalaman oleh pihak berkuasa (persatuan sukan kebangsaan/antarabangsa) bagi mempertimbang hujah-hujah lisan dan bertulis serta keterangan kes.










Keputusan

Keputusan

Notis dikemukakan kepada atlet menyatakan kesalahan yang dilakukan, laporan makmal, jenis bahan terlarang/kesalahan, dan atlet perlu membalas dengan surat tunjuk sebabPanel/Jawatankuasa pendengaran/perbicaraan akan memutuskan hukuman/tindakan selepas mempertimbang semua bukti, hujah dan keterangan oleh semua pihak. Hukuman yang dikenakan adalah berbeza mengikut fakta kes. (Bermula daripada amaran sehinggalah penggantungan seumur hidup)
Sesi Rayuan

Sesi Rayuan

Atlet berhak mengemukakan rayuan kepada panel/jawatankuasa rayuan bagi semakan semula kes.













Hubungi Kami

Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) Aras 7,
Menara KBS, Kementerian Belia dan Sukan, 
No.27 Persiaran Perdana, Presint 4, 
62570 Putrajaya, Malaysia

  • dummy+603-8871 3569 

  • dummy+603-8888 8730

  • dummy adamas@kbs.gov.my

Please publish modules in offcanvas position.