SESI KUNJUNG HORMAT ADAMAS KE ATAS SETIAUSAHA AGUNG MAJLIS OLIMPIK MALAYSIA

SESI KUNJUNG HORMAT ADAMAS KE ATAS SETIAUSAHA AGUNG MAJLIS OLIMPIK MALAYSIA

Kuala Lumpur, 2 Julai 2020 - “MOM akan bekerjasama erat dengan ADAMAS dalam aspek pematuhan World Anti-Doping Code (WADC) dan Piawaian Antarabangsa yang telah ditetapkan oleh pihak World Anti-Doping Agency (WADA)” kata Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Dato’ Mohd Nazifuddin Dato’ Sri Najb di pertemuan kunjung hormat oleh Unit Anti-Doping Malaysia (ADAMS) semalam. Sesi kunjung hormat ini diketuai oleh Puan Azura Abidin, Pengarah ADAMAS disambut baik Setiausaha Agung MOM bersama Dato’ Dr. S.S. Cheema, Pengerusi Jawatankuasa Perubatan dan Anti-Doping MOM, Cik Michelle Chai, Ketua Pegawai Operasi MOM dan Encik Fong Wan Hor, Pengurus Besar MOM.

Pengarah ADAMAS telah memberikan taklimat ringkas berkaitan World Anti-Doping Code (WADC) 2021 dan ADAMAS Anti-Doping Rules 2021 yang akan dikuatkasakan pada Januari tahun hadapan. WADC 2021 memberi penekanan kepada kesihatan sebagai prinsip utama, tatacara perundangan yang lebih adil dan saksama, penambahbaikan aspek asas anti-doping, undang-undang dan teknikal, hak dan peranan atlet, kategori atlet baharu: Atlet Rekreasi, penglibatan atlet secara aktif dalam bidang anti-doping dan lain-lain lagi.

ADAMAS sebagai badan bebas yang bertanggungjawab ke atas anti-doping di Malaysia amat komited dalam memastikan semua peraturan dan garis panduan antarabangsa dikuatkuasakan dalam segenap aspek ekosistem sukan untuk mencegah salah laku doping di Malaysia. MOM telah bersetuju untuk bekerjasama dengan ADAMAS dan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) bagi memastikan semua badan gabungan mematuhi WADA Code 2021 dan ADAMAS Anti-Doping Rules 2021.

MOM juga selepas ini akan memastikan atlet melengkapkan pembelajaran The Athlete Learning Program about Health and Anti-Doping (ALPHA) yang boleh diakses melalui Anti-Doping E-Learning (AdeL) yang dibangunkan oleh pihak WADA sebelum menyertai kejohanan di peringkat Antarabangsa. “Pendidikan dan kesedaran kepada semua atlet mengenai anti-doping adalah menjadi keutamaan kami selepas ini” kata Setiausaha Agung MOM.

#WADACode2021
#WADA
#ADAMAS
#playtrue
#pureperformance
#winclean

Contact Us

Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) Aras 7,
Menara KBS, Kementerian Belia dan Sukan, 
No.27 Persiaran Perdana, Presint 4, 
62570 Putrajaya, Malaysia

  • dummy+603-8871 3569 

  • dummy+603-8888 8730

  • dummy adamas@kbs.gov.my