SAMBUTAN PELANCARAN "PLAY TRUE DAY"

YB Hannah Yeoh, Menteri Belia Dan Sukan telah merasmikan Majlis Pelancaran Sambutan Play True Day & Sesi Ramah Mesra Bersama Warga Kementerian Dan Pemegang Taruh Utama KBS di Axiata Arena, Bukit Jalil. Sambutan ini diraikan sempena ulangtahun Play True Day ke-25 yang bertemakan "One Play True Team" dan dilancarkan sebagai tanda sokongan dalam Sukan Bersih serta meningkatkan kesedaran dalam kalangan atlet dan warga sukan yang bertujuan untuk mengelakkan daripada gejala doping. Majlis ini dimeriahkan dengan aktiviti forum bersama panel jemputan khas, Datuk Mohd Syarul Azman Mahen, bekas atlet Bina Badan Negara serta Siti Farida Azhar, Pegawai Kawalan Doping. Pelancaran Play True Day ini turut dimeriahkan dengan kehadiran warga KBS, ISN, MSN. #wargabks #teamadamas #wada #playtrue #oneplaytrueteam #playtrueday

Contact Us

Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) Aras 7,
Menara KBS, Kementerian Belia dan Sukan, 
No.27 Persiaran Perdana, Presint 4, 
62570 Putrajaya, Malaysia

  • dummy+603-8871 3569 

  • dummy+603-8888 8730

  • dummy adamas@kbs.gov.my