2024 WADA ANNUAL SYMPOSIUM DAN iNADO 2024 ANNUAL WORKSHOP

2024 WADA ANNUAL SYMPOSIUM DAN iNADO 2024 ANNUAL WORKSHOP

2024 WADA ANNUAL SYMPOSIUM DAN iNADO 2024 ANNUAL WORKSHOP World Anti-Doping Agency (WADA) telah menganjurkan WADA Annual Symposium pada 12 hingga 13 Mac 2024 bertempat di the SwissTech Convention Center, Lausanne, Switzerland dan iNADO 2024 Annual Workshop pada 14 Mac 2024 di University of Lausanne (UNIL) Lausanne, Switzerland. Simposium tahunan ini menghimpunkan kesemua pentadbir badan anti-doping seluruh dunia, International Olympic Committee, badan sukan antarabangsa, penggerak anti-doping, wakil kerajaan, penyelidik, pihak makmal anti-doping yang diiktiraf WADA dan pengamal media. Matlamat utama pertemuan ini adalah untuk meningkatkan keberkesanan system anti-doping global. Bertemakan ‘One Mission – One Team’ symposium ini memberikan maklumat dan kemahiran serta meneroka aspek peningkatan bidang anti-doping secara global. Simposium ini menghimpunkan pakar terkemuka dari seluruh dunia turut membincangkan trend dan perkembangan terkini dalam bidang sains dan anti-doping menerusi gabungan sesi pleno serta bengkel merangkumi pelbagai topik. Bagi Bengkel iNADO 2024 Annual Workshop yang bertemakan ‘Embracing Diversity in Anti-Doping Practice’ telah memberi peluang kepada pihak NADO dan RADO mempelajari kaedah dan amalan terbaik dalam meningkatkan program anti-doping. Tumpuan khusus pada kali ini adalah berkaitan kepada pengujian, risikan dan siasatan, perundangan anti-doping dan penubuhan jawatankuasa atlet. Simposium dan bengkel ini telah dihadiri oleh Puan Azura binti Abidin (Pengarah Anti-Doping Malaysia) dan Puan Nor Azhani binti Abd Hazis (Ketua Seksyen Pengujian dan Siasatan)

Contact Us

Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) Aras 7,
Menara KBS, Kementerian Belia dan Sukan, 
No.27 Persiaran Perdana, Presint 4, 
62570 Putrajaya, Malaysia

  • dummy+603-8871 3569 

  • dummy+603-8888 8730

  • dummy adamas@kbs.gov.my