22 & 23 Mei 2024, Tashkent, Uzbekistan: Mesyuarat Asia/Oceania Region Intergovernmental Ministerial Meeting on Anti-Doping in Sport (AORIM) merupakan mesyuarat tahunan yang melibatkan organisasi anti-doping dan kerajaan dari negara-negara di rantau Asia dan Oceania. Mesyuarat ini bertujuan meningkatkan usaha dalam pelaksanaan program anti-doping di negara-negara ini melalui perkongsian amalan terbaik serta memperkukuhkan kerjasama kolaboratif kea rah mematuhi kod anti-dopingt dunia dan Konvensyen Anti-Doping Antarabangsa dalam Bidang Sukan, UNESCO yang sedang berkuatkuasa. Mesyuarat selama 2 hari antara lain telah membentangkan Bidang keutamaan strategik WADA, Proses pengundian ASIAN Region WADA Foundation Board Member 2025-2027 termasuk perbincangan mengenai laporan Asian Region Finance Committee iaitu sumbangan negara-negara kepada WADA. Mesyuarat diteruskan dengan pemakluman mengenai peranan negara-negara ahli dalam menghadapi Road to 2027 World Anti-Doping Code (semakan kod terkini yg akan dikuatkuasakan pd 2027). YBhg Ts. Dr KSU telah membentangkan laporan kemajuan Anti-Doping negara 2023-2024 di hadapan seramai 67 org perwakilan dari 32 buah negara di rantau Asia/Oceania.
