PENYERAHAN NOTA SERAH TUGAS PENGARAH ADAMAS

PENYERAHAN NOTA SERAH TUGAS

YBrs. Puan Noor Azma binti Deris telah rasmi memulakan tugas sebagai Pengarah Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) pada 21 April 2025. Beliau menerima nota serah tugas daripada Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), YBrs. Puan Azura binti Abidin yang sebelum ini menjawat jawatan Pengarah ADAMAS dari tahun 2019 hingga 2024.

Dalam sesi yang sama, Puan Azma turut menyerahkan nota serah tugas sebagai Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah kepada Puan Azura, sebagai simbolik peralihan amanah dan tanggungjawab antara dua agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan.

Selamat datang ke ADAMAS, Puan Azma! Dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Azura atas komitmen, bimbingan dan sumbangan sepanjang tempoh perkhidmatan di ADAMAS.

Contact Us

Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) Aras 7,
Menara KBS, Kementerian Belia dan Sukan, 
No.27 Persiaran Perdana, Presint 4, 
62570 Putrajaya, Malaysia

  • dummy+603-8871 3569 

  • dummy+603-8888 8730

  • dummy adamas@kbs.gov.my