ADAMAS DAN MPM PERKUKUH KERJASAMA PENDIDIKAN ANTI-DOPING

PUTRAJAYA, Menara KBS – Pengarah Agensi Antidoping Malaysia (ADAMAS), Puan Noor Azma binti Deris, telah menerima kunjungan mesra daripada Penolong Setiausaha Agung Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Encik Mohd Zarrawi Ravi bin Abdullah, bersama wakil daripada Standing Committee for Technical, Anti-Doping & Classification, MPM.

Pertemuan tidak rasmi ini menjadi ruang untuk memperkukuh kerjasama sedia ada antara ADAMAS dan MPM, khususnya dalam pelaksanaan program pendidikan dan kesedaran antidoping.

Sesi susulan juga akan diatur dalam masa terdekat bagi memperluas inisiatif pendidikan, meningkatkan kesedaran serta memperkukuh komitmen terhadap pematuhan sukan bersih.

Contact Us

Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) Aras 7,
Menara KBS, Kementerian Belia dan Sukan, 
No.27 Persiaran Perdana, Presint 4, 
62570 Putrajaya, Malaysia

  • dummy+603-8871 3569 

  • dummy+603-8888 8730

  • dummy adamas@kbs.gov.my