JURULATIH TONGGAK SUKAN BERSIH: CERAMAH ANTI-DOPING ADAMAS BERSAMA MBBF DAN KLBBF

SERI KEMBANGAN, 4 Mei 2025 – Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) telah menyampaikan ceramah anti-doping sempena Kursus Kejurulatihan Spesifik Sukan Bina Badan (Tahap 1) yang dianjurkan oleh Persekutuan Bina Badan Malaysia (MBBF) dengan kerjasama Persekutuan Bina Badan Kuala Lumpur (KLBBF).

Ceramah ini telah disampaikan oleh Penolong Pengarah Kanan ADAMAS, Puan Nor Azhani Abd Hazis, yang menekankan peranan penting jurulatih sebagai tonggak budaya sukan bersih, bebas bahan terlarang, serta sebagai pelindung integriti dan kesihatan atlet.

Antara topik utama yang dibincangkan termasuk:
• Risiko bahan terlarang yang sering disalah guna dalam sukan bina badan
• Bahaya suplemen tercemar dan keperluan membuat semakan produk
• Tanggungjawab jurulatih sebagai pelindung dan penyampai maklumat anti-doping
• Pemahaman tentang proses Therapeutic Use Exemption (TUE) untuk rawatan perubatan yang sah
• Sebelas pelanggaran peraturan anti-doping (ADRV) dan kesannya terhadap karier atlet
• Peranan jurulatih dalam menyokong kesihatan awam melalui pencegahan penyalahgunaan bahan sejak peringkat akar umbi
• Sokongan pendidikan berterusan melalui platform seperti ADEL

ADAMAS turut merakamkan penghargaan kepada MBBF dan KLBBF atas jemputan serta komitmen mereka dalam menjadikan pendidikan anti-doping sebagai sebahagian penting daripada pembangunan bidang kejurulatihan sukan bina badan.

Contact Us

Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) Aras 7,
Menara KBS, Kementerian Belia dan Sukan, 
No.27 Persiaran Perdana, Presint 4, 
62570 Putrajaya, Malaysia

  • dummy+603-8871 3569 

  • dummy+603-8888 8730

  • dummy adamas@kbs.gov.my