BANGKOK, Thailand, 24 April 2025 – Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) telah menyertai TaskForce Meeting Jawatankuasa Kewangan Wilayah Asia (Asian Region Finance Committee, AFRC) 2025 yang diadakan di Bangkok, Thailand.
Mesyuarat penting ini menghimpunkan pihak berkepentingan dan pakar dari seluruh rantau Asia bagi memperkukuh usaha memerangi doping dalam sukan. Melalui perbincangan mendalam, perkongsian cabaran bersama dan perancangan kolaboratif, mesyuarat ini menjadi langkah signifikan ke arah memastikan ketelusan, integriti dan kelestarian dalam perjuangan menegakkan sukan bersih di Asia.
ADAMAS komited untuk terus menyokong kemajuan dan bekerjasama demi melindungi semangat sukan bersih di rantau ini.

