PHNOM PENH, Kemboja, 20–21 Mei 2025 – Seramai 25 profesional terdiri daripada pakar perundangan, pengamal perubatan dan pegawai anti-doping telah menyertai Results Management Administration Workshop yang diadakan di Hotel Cambodiana, Phnom Penh.
Bengkel ini dianjurkan bersama oleh South East Asia Regional Anti-Doping Organization (SEARADO) dan Cambodian Anti-Doping Agency (CADA) bagi memperkukuh kapasiti negara dalam menguruskan Anti-Doping Rule Violations (ADRVs) selaras dengan World Anti-Doping Code dan piawaian antarabangsa berkaitan.
Peserta turut berpeluang mempelajari amalan terbaik dan panduan praktikal daripada dua jurulatih:
- Puan Nageswary Thiagarajan daripada ADAMAS (Agensi Anti-Doping Malaysia)
- Puan Ruethairat Kongma daripada DCAT
Sepanjang dua hari bengkel, sesi berlangsung dalam suasana pembelajaran kolaboratif, perbincangan terbuka dan semangat bersama untuk memupuk sukan bersih dan permainan yang adil.
Penganjur merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini demi memperkukuh usaha memerangi doping di peringkat serantau.
