BENGKEL PENGENALAN ASAS ANTI-DOPING 2025

PULAU PINANG, 23–25 Jun 2025 – Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) telah menganjurkan Bengkel Pendidikan Asas Anti-Doping 2025 selama tiga hari yang memberi pendedahan menyeluruh kepada peserta mengenai ekosistem anti-doping serta peranan semua pihak dalam memastikan sukan bebas doping.

Pada hari pertama, bengkel memberi fokus kepada pengenalan sistem anti-doping, termasuk peranan WADA, ADAMAS dan agensi berkaitan, prinsip nilai sukan bersih, Kod Anti-Doping Dunia serta jenis pelanggaran peraturan anti-doping (ADRV) yang sering berlaku.

Hari kedua pula memfokuskan topik teknikal seperti Senarai Bahan dan Kaedah Terlarang, risiko makanan tambahan dan ubatan, proses permohonan Therapeutic Use Exemption (TUE) serta prosedur kawalan doping. Peserta turut terlibat dalam simulasi dan perbincangan kumpulan yang mengukuhkan pemahaman tentang etika, pematuhan serta peranan atlet dan pasukan sokongan profesional.

Hari terakhir bengkel diteruskan dengan Modul 7: Pendidikan Berasaskan Nilai (Value-Based Education, VBE) yang menekankan pembentukan karakter dan integriti. Sesi ini turut membincangkan tanggungjawab atlet serta Athlete Support Personnel (ASP) dalam memastikan pematuhan prinsip anti-doping. Peserta kemudian menjalani ujian dan penilaian bagi mengukur kefahaman, sebelum bengkel ditutup dengan sesi maklum balas dan penutup rasmi sebagai refleksi bersama.

ADAMAS merakamkan penghargaan kepada semua peserta atas komitmen dan semangat sepanjang bengkel, selaras dengan usaha berterusan memupuk budaya sukan bersih di Malaysia.

 

Contact Us

Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) Aras 7,
Menara KBS, Kementerian Belia dan Sukan, 
No.27 Persiaran Perdana, Presint 4, 
62570 Putrajaya, Malaysia

  • dummy+603-8871 3569 

  • dummy+603-8888 8730

  • dummy adamas@kbs.gov.my