PUTRAJAYA, Menara KBS – Satu perbincangan strategik dalaman telah dipengerusikan oleh Pengarah Agensi Antidoping Malaysia (ADAMAS) bersama pegawai-pegawai daripada Seksyen Pendidikan dan Seksyen Pengujian, bagi memperkemas dokumen ADAMAS Education Plan 2025.
Sesi tersebut diadakan sebagai langkah menyelaraskan dokumen dengan cadangan penambahbaikan daripada Agensi Antidoping Dunia (World Anti-Doping Agency, WADA). Selain itu, ia turut berperanan sebagai platform perkongsian pengetahuan dalaman serta pengukuhan penglibatan rentas fungsi, bagi menyokong kesinambungan tanggungjawab dan meningkatkan kefahaman bersama dalam kalangan kakitangan ADAMAS.



KEMPEN PLAY TRUE DAY 2025: "PLAY TRUE – IT STARTS WITH YOU"










