PERBINCANGAN BAGI KERJASAMA DALAM LATIHAN OPERASI RISIKAN DAN PENYIASATAN (LORIA)

Putrajaya, 25 Februari 2025 - Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) bersama Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia telah mengadakan perbincangan bagi kerjasama dalam Latihan Operasi Risikan dan Penyiasatan (LORIA) bagi memperkukuh keupayaan penguatkuasaan anti-doping di Malaysia.

Modul latihan ini bertujuan bagi meningkatkan kemahiran pegawai di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam risikan dan penyiasatan, termasuklah teknik pengumpulan bukti, analisis data serta pengendalian kes pelanggaran anti-doping secara profesional dan beretika.

Perbincangan kerjasama ini telah dipengerusikan oleh Cik Nageswary Thiagarajan, Ketua Penolong Pengarah ADAMAS dan turut serta daripada wakil ADAMAS, En. Muhammad Husmar Afdzal Bin Husin, Penolong Pengarah Kanan. Wakil daripada D5, Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman yang hadir adalah Supt. Akmal bin Yahaya, Supt (D5) Hal Ehwal Antarabangsa/Penyiasatan Khas serta ASP Moharmustaqeem bin Ali Seman dari Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang D5.

Kerjasama ini memperkukuh komitmen ADAMAS dalam memastikan arena sukan negara bersih, berintegriti dan bebas doping!

#ADAMAS #LORIA2025 #AntiDoping #sukanbersih #IntegrityInSports #KBS #pdrm

Hubungi Kami

Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS)
Aras 7, Menara KBS
Kementerian Belia dan Sukan
No. 27, Persiaran Perdana, Presint 4
62570 Putrajaya

Telefon: +603 8871 3569
E-mel: adamas@kbs.gov.my