Home
2024 INTERNATIONAL CONFERENCE ON PEACE SPORTS
27 Julai 2024 - Pengarah ADAMAS, Puan Azura binti Abidin telah menghadiri dan membuat pembentangan kertas di 2024 International Conference on Peace Sports bertempat di International Youth Center (IYC), Kuala Lumpur.
Konfren ini dianjurkan oleh World Society of Peace Sports (WSPS) dan telah dihadiri oleh seramai 68 orang delegasi dari 14 buah negara. Konfren yang julung kali diadakan di negara ini membawa mesej sukan sebagai platfom penyatuan dan keamanan sejagat.
Penerapan nilai-nilai murni melalui aktiviti sukan merupakan tunjang utama ke arah melahirkan masyarakat yang prihatin dan cemerlang, selaras dgn konsep Malaysia MADANI.
